ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH... SELAMAT DATANG DI BLOG KAMI...
Blog ini berisi share dari berbagai situs yang kami telusuri, yang terkadang kami cantumkan sumbernya, namun juga terkadang tidak kami cantumkan sumbernya karena sesuatu hal, maka kami mohon ma'af jika ada artikel dari blog lain yang kami copy paste disini ternyata tidak kami cantumkan sumbernya.
SEMOGA BERMANFA'AT...

Senin, 23 Juli 2012

PENGALAMAN BEKERJA RASULULLAH

♥Bismillaahirrahmaan­irrahiim♥

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai anak yatim piatu telah melalui berbagai pengalaman pahit manis kehidupan sejak usia kecil lagi. Rentetan pengalaman itu telah memberi kesan besar dalam kehidupan dan sikap berdikari Baginda, tanpa terlalu bergantung harap pada orang lain.



Aisyah r.a. ditanya: “Apakah yang dikerjakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di rumahnya?” Aisyah r.a. menjawab: “Baginda adalah seorang manusia biasa, Baginda adalah seorang yang mencuci bajunya sendiri, memerah susu kambingnya sendiri, dan melayani dirinya sendiri.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Isma’il, dari’Abdullah bin Shalih, dari Mu’awiyah bin Shalih, dari Yahya bin Sa’id, yang bersumber dari `Amrah).

Berkata Al-Hasan ra. lagi: Aku juga pernah menanyakan ayahku tentang masuknya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lalu dia menjawab: “Masuknya ke dalam rumahnya bila sudah diizinkan khusus baginya dan apabila dia berada di dalam rumahnya dibahagikan masanya tiga bahagian. Satu bahagian khusus untuk Allah ta’ala, satu bahagian untuk isteri-isterinya, dan satu bahagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian dijadikan bahagian untuk dirinya itu terpenuh dengan urusan di antaranya dengan manusia, dihabiskan waktunya itu untuk melayani semua orang yang awam mahu pun yang khusus, tiada seorang pun dibezakan dari yang lain. Di antara tabiatnya ketika melayani ummat, dia selalu memberikan perhatiannya kepada orang-orang yang terutama untuk dididiknya, dilayani mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama.”

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam tidak suka menganggur dan bermalas-malasan. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa mengucapkan: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan, ketidakupayaan dan sesuatu yang tak ada nilainya.” Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selalu menyuruh kaum Muslimin untuk kuat bekerja dan kreatif. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam juga selalu mengatakan bahawa kemuliaan itu mempunyai tujuh bahagian, dan bahagian terbaiknya adalah mencari rezeki dan nafkah dengan halal.

Pekerjaan Rasulullah SAW

Semenjak Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam masih kecil seusia 2 tahun lagi, baginda telah mengembala kambing kepunya’an Bani Sa’ad, di kawasan pendalaman sehingga usia Baginda 5 tahun.

Baginda juga selama beberapa tahun menggembala kambing orang-orang Makkah di kawasan Qararit sehingga menglangkah ke usia remaja.

Ketika berusia 12 tahun, bapa saudaranya Abu Talib telah membawa baginda ke negeri Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.

Pada umur 15 tahun, Baginda turut menyertai peperangan Fijar beberapa hari dan diberi peranan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Kesan daripada perang Fijar itu adalah terjadinya ‘Hilful Fudul’ iaitu perjanjian damai antara bani hasyim, bani Abdul Muthlib dan Bani Asad pada bulan Zulkaedah bagi mencegah segala kezaliman dan memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

Apabila Baginda telah agak dewasa, Baginda telah mula menjalankan perdagangan sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana Baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.

Ketika berusia 25 tahun, Baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Barangan yang dibawa berniaga oleh Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam termasuklah herba, kain, wangian, kismis, kurma dan juga barangan mewah untuk dijual kepada mereka yang berada. Ada satu ketika di waktu berniaga, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah memperolehi keuntungan lumayan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. ini menunjukkan kehebatan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam dalam bidang perniagaan!

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan seorang yang pengasih. Sebagai seorang suami, Baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.

Sebagai seorang bapa, Baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak. Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi.

Bermula dari usia 40 tahun, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah melakukan usaha dakwah bagi menerang dan menyebarkan ajaran Islam, agama suci yang sebenarnya sehingga Baginda wafat.


والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

~ o ~

Salam santun dan keep istiqomah ...

--- Jika terjadi kesalahan dan kekurangan disana-sini dalam catatan ini ... Itu hanyalah dari kami ... dan kepada Allah SWT., kami mohon ampunan ... ----

Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...
Silahkan DICOPAS atau DI SHARE jika menurut sahabat note ini bermanfaat ....

#BERSIHKAN HATI MENUJU RIDHA ILAHI#
--------------------­--------------------­--------
.... Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma Wabihamdika Asyhadu Allailaaha Illa Anta Astaghfiruka Wa'atuubu Ilaik ...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar