Pada
suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat
Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah
Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan
tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya
agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan
bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua
yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu
berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama
Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang
pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua
itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan
agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah
kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup
aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah
menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku
masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di
tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis
kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si
gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi
sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR,
tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah
serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya
lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua
tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis.
Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang
buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang
menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan
mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina
agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun
tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di
muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain
mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang
tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia
menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya
dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan
berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba
tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar
untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut.
Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba
mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa
panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya
mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan
Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah
benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan
hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau
mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus
kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya
dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan
kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya
saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.
Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?
Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila
anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan
Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang
sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang
dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah
undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap
undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar
undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga
tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik
yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya,
begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang
telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita
memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang
benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga
lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh
sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di
perantauan sana.
Hanya Sekadar Manusia Biasa. Kesempurnaan Hanya Pada Allah.. Saling Berbagi & Melangkah Bersama Menuju Sukses Dunia-Akhirat... ^_^
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH... SELAMAT DATANG DI BLOG KAMI...
Blog ini berisi share dari berbagai situs yang kami telusuri, yang terkadang kami cantumkan sumbernya, namun juga terkadang tidak kami cantumkan sumbernya karena sesuatu hal, maka kami mohon ma'af jika ada artikel dari blog lain yang kami copy paste disini ternyata tidak kami cantumkan sumbernya.
SEMOGA BERMANFA'AT...
Blog ini berisi share dari berbagai situs yang kami telusuri, yang terkadang kami cantumkan sumbernya, namun juga terkadang tidak kami cantumkan sumbernya karena sesuatu hal, maka kami mohon ma'af jika ada artikel dari blog lain yang kami copy paste disini ternyata tidak kami cantumkan sumbernya.
SEMOGA BERMANFA'AT...
Minggu, 15 Juli 2012
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar